top of page

Jauhi anak lambat bercakap, dengan STRATEGI POWER yang ibubapa wajib buat ketika TUMPUAN BERSAMA



Anak kecik sedang main air, cedok air guna bekas dan siram dalam besen. Air yang mengalir diperhatikan. Kemudian tengok kita, dengan muka yang penuh kagum, penuh tanda tanya, kemudian tengok balik pada bekas. Main di luar, sekumpulan burung lalu. Mata anak tertumpu pada burung yang banyak, terbang di udara, sambil berkicauan. Kemudian pandang kita. Tangan tunjuk pada burung. Kita tersenyum dan lihat bersama. . . . Apa yang sedang berlaku? Situasi ini dinamakan sebagai 'tumpuan bersama'. Berkongsi fokus pada sesuatu (subjek, objek, konsep, peristiwa) dengan individu lain. Daripada usia anak 6-9 bulan, kita boleh perhatikan mereka sudah berupaya melihat objek yang diperhatikan oleh ibubapa. Seiring usia, kemahiran ini akan berkembang. Melalui tumpuan bersama, mereka boleh membuat perkaitan di antara objek dan perkataan yang didengari daripada kita. Berkongsi fokus bukan sahaja membantu individu berkomunikasi, ia juga membantu mengembangkan kemahiran sosial seperti membina hubungan dan melihat pandangan dari sudut orang lain. Untuk kanak-kanak 'autism', aktiviti sebegini mungkin sukar kerana mereka tidak menguasai kemahiran sosial yang diperlukan untuk memulakan atau mengekalkan fokus dengan individu lain. Apakah cara untuk meningkat kemahiran tumpuan bersama? 1. Perhatikan perkara yang menarik perhatian dan minat anak. 2. Cari level mata anak. 3. Sentuh anak atau sentuh objek yang beliau pegang. Dengan cara ini kita boleh mendapatkan perhatian mereka. 4. Panggil namanya. 5. Atau guna gerakan, menunjuk, pandangan mata, untuk tunjuk pada anak bagi mengarahkan fokusnya ke atas sesuatu. 6. Pergi ke tempat yang lebih senyap. Elakkan gangguan bunyi di sekitar (tutupkan TV ketika ingin wujudkan interaksi). 7. Beri stimulasi bahasa pada ketika itu, 'label'kan apa yang dilihat. 8. Gunakan intonasi yang menarik. 9. Gunakan ayat yang ringkas. . Kemahiran ini juga boleh dipraktikkan dalam rutin harian. Ketika anak mandi, bersiar-siar diluar, waktu makan, waktu bermain bersama, membaca buku bersama dan sebagainya. Aspek asas ini merupakan salah satu tanda aras kepada perkembangan bahasa dan pertuturan untuk anak-anak. Siti Sarah Said Speech Therapist Meru Raya Ipoh.



137 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page